Tuesday, July 8, 2008 at 6:01 AM | 3 comments  
Saper antara korang pergi ke stadium indera mulia, ipoh sempena 100 hari pemerintahan pakatan rakyat?? Aku sebenarnya tak nak citer banyak pasal perhimpunan tue..Memang ramai yang datang..best siot!! Tapi apa yang aku tak boleh lupa...tak pernah seumur idup aku panjat tembok semata mata nak ambik gambar...ekekeke ( nih stail tunang aku gelak..cam popeye kan??) hahahah..aku pun dah ikut terkenan..ciss..
Percaya tak aku panjat tembok?? tapi itu la yang aku buat..ni semua akak punya pasal la, dia nak gambar aku pulak yang kena...aduss..
Tapi memang thrill wa cakap lu...dengan orang ramai, bersesak2..buat muka bodo jer panjat tembok tuh...kihkih..aku join ngan press, gambar yang aku ambik dari bawah celah kangkang press pon ada..(nak gambar nya pasal), tue yang aku dapat gambar dekat tuh walaupun kabur sket..kira ok what?!! maklum la press nya camera jangan cakap la...memang kalah la ngan camera aku..kira puas ati la jugak...heheheh









Posted by nazrin
Wednesday, July 2, 2008 at 4:00 AM | 3 comments  
Pernah tak korang dengar perkataan "gurindam"?? Mengikut kamus dewan edisi baru 1989 halaman 386, gurindam bermaksud sejenis bentuk puisi ( terdiri daripada dua atau lebih baris, berisi dengan berbagai-bagai pengajaran )... wakakaka...skema la pulak!!

Sebenarnya aku nak cerita sal gurindam, gurindam ni gurindam dulu2. Mungkin ada yang pernah dengar tentang gurindam ni tapi aku sure ramai budak2 skang yang tak pernah dengar langsung pasal gurindam nie....aku jamin ar, agaknya gurindam pun dorang tak tau..tapi family aku mungkin tau pasal gurindam ni tapi mungkin antaranya ada yang dah lupa, maklum la budak2 n orang2 zaman sekarang mane tau sal gurindam ni..yang dorang tau cuma GENRE2 muzik yang tengah TOP dan HOT..cam tunang kesayangan aku, yang dia tau cuma R.O.C.K jer..alaahaiii.. maklum la dia tue ROCK SEJATI...'dulu, kini dan selamanya' (adess..slogan UMNO neh)...ahakss.
tapi tak pe la, rock pun rock lah janji dia bahagia...
Ok la..aku sambung balik pasal gurindam nie...
Aku nak test korang samaada korang tau pasal gurindam nie ataupun pernah dengar tapi lupa..jom kita tengok gurindam yang aku tulih nih...


Al-Hassan summal Hussin
Ibni 'Ali Siti Fatimah
Muhammad bin Abdullah
Amir Hussain Sabilullah

Harap ibumu bukan sedikit
Tinggi daripada gunung dan bukit
Selama-lamanya merasai sakit
Sembilan bulan tidak berbangkit

Baiklah juga engkau fikiri
Sakit ibumu tiada terperi
Mencari makan sehari-hari
Lemak dan manis semua diberi

Dengarkan olehmu sekelian anak
Tatkala engkau lagi kanak-kanak
Apabila sudah tidurmu nyenyak
Carikan makan manis dan lemak

Entah berhutang kesana kemari
Sedapat-dapatnya ia mencari
Anakku tidak tahu kan diri
Makan dan minum sambil berlari

Ayuhai anakku jangan bermain
Jangan diturut orang yang lain
Kenangkan olehmu kepada kain
Basah tidak berganti lain

Sakit badan tidak terperi
Mencari makan kesana kemari
Hendak berhutang sukar sekali
Orang tidak ambil peduli


Haa...tu la gurindamnya. Korang faham tak cerita disebalik gurindam ni..Gurindam ni cerita pasal keperitan ibu2 waktu mengandung, melahirkan dan membesarkan anak..bila korang tengok dan baca banyak2 kali, nanti korang faham laa.....
Aku tak tau dan dan aku tak pernah rasa camaner peritnya sebab aku belum kawin (coming soon)....ehehehee..tapi aku FAHAM sebab aku perempuan...
Posted by nazrin
Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger template by blog forum.