Thursday, February 19, 2009 at 10:32 PM | 1 comments  
Bulan lepas, jam 07:28 aku bangun dari tidur terus ke bilik air..konon2 nak terus mandi tapi bila aku tolak pintu tandas berkunci pulak..aku ketuk..sah memang ada orang tapi yang hairan bin ajaibnya..orang tu c abang bendul.
isyyh...pelik betul..kenapa pulak abang bendul bangun awl???
x pernah2 bangun awal n terus mandi..ok la, mungkin c abang bendul dah berubah..alhamdulillah, c abang bendul dah pandai bangun pagi dan terus mandi..satu anjakan paradigma.
aku buat keputusan mandi kat bilik air bawah..selasai aku mandi, aku tengok c abang bendul belum sudah mandi lagi..dah menjadi kebiasaan c abang bendul, mandi x kurang dari sejam..apa yang dibuat dalam toilet pon aku tak tau..nak kata cari ilham, c abang bendul bukannya penulis atau penggubah lagu..agaknya memang trend lelaki kot camtu..kihkih
bila aku dah selesai, aku turun kebawah, 10min lepas tu c abang bendul pon turun siap bawak beg nak pergi kerja..awal c abang bendul nak g kerja.
Tanpa dan belum sempat aku bertanya pada c abang bendul kenapa c abang bendul bangun begitu awal sekali pada hari yang mulia itu, c abang bendul bercerita dan memberitahu aku kenapa c abang bendul bangun awal..satu kejutan di pagi hari..dalam mimpi pon aku tak pernah dengar cerita dan kisah benar itu dari abang bendul.
Dengan senyuman yang terukir di wajah c abang bendul, dengan tenang c abang bendul menyusun ayat..c abang bendul pon bertanya pada aku....

abang bendul : ko tau tak kenapa aku bangun awal pagi hari ni??
aku : mane la aku tau kenapa..apsal??
abang bendul : ko tak pelik ke??
aku : ha'ah, memang pelik..time aku ketuk pintu bilik air tadi ada orang..
pagi tuuu.............

dengan senyuman c abang bendul pon berkata...

abang bendul : ' AKU TERKENCING MASA TIDUR TADI '
aku : muhahahahahhahahahahah.........camne leh terkencing lak??
abang bendul : aku mimpi..aku nak terkencing sangat, jadi aku pegi bilik air aku kencing la
tiba2 aku terjaga, aku raba2 kain aku cam basah jer..rupa2nya aku
terkencing masa tidur.
aku : ahahahaha...tak terasa nak kencing ke sebelum tu??
abang bendul : terasa, tu yang aku ingat aku dah p bilik air..

ihihihihih......itu la c abang bendul..dah besar panjang dah, dah layak kawen wa cakap lu..kalau kawen dah jadi bapak orang gak nya tapi masih lagi kencing malam..bak kata orang2 jawa, orang yang macam tu digelar 'ngompol'....masya-Allah..abang bendul...abang bendul....
insap la abang bendul..jangan lagi kencing malam...
o..o...kamu ketahuan !!! wakakakakaka
Posted by nazrin
Monday, February 2, 2009 at 8:12 AM | 0 comments  
kenapa seorang perempuan selalu disalahkan dalam segala hal?? teruk sangat ke jadi perempuan ni? atau......entah la, tapi yang penting kita perlu lihat dan renung siapa diri kita sendiri tak kira lah kita seorang perempuan atau lelaki.
Tak ada yang faham diri kita, keinginan kita, pendirian kita melainkan diri kita sendiri..
Tak kira lelaki atau perempuan, sebelum kita menilai diri orang lain..kita tengok diri sendiri, nilai diri sendiri dulu sebelum kita bercakap yang bukan2 tentang orang lain..dan jangan kita menilai orang dari luaran saja...don't judge a book by it's cover..
kadang2 sesetengahnya bercakap ikut kehendak dan perasaan sendiri tanpa fikir perasaan orang lain..adilkah??
Posted by nazrin
Friday, January 23, 2009 at 1:57 AM | 0 comments  
"Pertemuan menghadiahkan kita kasih sayang, jika cinta itu pasti bertemu ia tidak ternilai
kerana antara hati kita telah tiada antaranya lagi..
yang ada hanya cinta kasih Ilahi.."


Ukhwah itu menyatukan kita lambang bersaudara umat sejati..didalam perjalanan menuju destinasi pasti ada yang sedar, ada yang masih kebingungan, ada yang telah lupa, ada pelbagai rintangan dan persimpangan...pasti...dan tidak akan tersilap dalam memilih haluan. Andai tersilap langkah, pulang semula ke pangkalnya, jika diteruskan juga nantikan sesat dan merana..tika itu tak mungkin kembali untuk mengulangi perjalanan dan akan menyesal dan menangis keseorangan.
Inilah kembara didalam kehidupan, perjalanan yang menjanjikan sengsara dan kemenangan perjalanan menuju alam-NYA, yang telah dimaklumkan dan dijelaskan didalam al-quran.
Disana kita dihimpunkan dihadapan ALLAH yang esa, tiada siapa dapat membantu kecuali amalan didunia kerana ia jambatan untuk kesana........



Posted by nazrin
Tuesday, January 20, 2009 at 3:10 AM | 1 comments  
' Disini damailah hati yang resah dan kecewa
antara kita ada lebihnya
mungkin terselindung indahnya...'

Posted by nazrin
Tuesday, July 8, 2008 at 6:01 AM | 3 comments  
Saper antara korang pergi ke stadium indera mulia, ipoh sempena 100 hari pemerintahan pakatan rakyat?? Aku sebenarnya tak nak citer banyak pasal perhimpunan tue..Memang ramai yang datang..best siot!! Tapi apa yang aku tak boleh lupa...tak pernah seumur idup aku panjat tembok semata mata nak ambik gambar...ekekeke ( nih stail tunang aku gelak..cam popeye kan??) hahahah..aku pun dah ikut terkenan..ciss..
Percaya tak aku panjat tembok?? tapi itu la yang aku buat..ni semua akak punya pasal la, dia nak gambar aku pulak yang kena...aduss..
Tapi memang thrill wa cakap lu...dengan orang ramai, bersesak2..buat muka bodo jer panjat tembok tuh...kihkih..aku join ngan press, gambar yang aku ambik dari bawah celah kangkang press pon ada..(nak gambar nya pasal), tue yang aku dapat gambar dekat tuh walaupun kabur sket..kira ok what?!! maklum la press nya camera jangan cakap la...memang kalah la ngan camera aku..kira puas ati la jugak...heheheh









Posted by nazrin
Wednesday, July 2, 2008 at 4:00 AM | 3 comments  
Pernah tak korang dengar perkataan "gurindam"?? Mengikut kamus dewan edisi baru 1989 halaman 386, gurindam bermaksud sejenis bentuk puisi ( terdiri daripada dua atau lebih baris, berisi dengan berbagai-bagai pengajaran )... wakakaka...skema la pulak!!

Sebenarnya aku nak cerita sal gurindam, gurindam ni gurindam dulu2. Mungkin ada yang pernah dengar tentang gurindam ni tapi aku sure ramai budak2 skang yang tak pernah dengar langsung pasal gurindam nie....aku jamin ar, agaknya gurindam pun dorang tak tau..tapi family aku mungkin tau pasal gurindam ni tapi mungkin antaranya ada yang dah lupa, maklum la budak2 n orang2 zaman sekarang mane tau sal gurindam ni..yang dorang tau cuma GENRE2 muzik yang tengah TOP dan HOT..cam tunang kesayangan aku, yang dia tau cuma R.O.C.K jer..alaahaiii.. maklum la dia tue ROCK SEJATI...'dulu, kini dan selamanya' (adess..slogan UMNO neh)...ahakss.
tapi tak pe la, rock pun rock lah janji dia bahagia...
Ok la..aku sambung balik pasal gurindam nie...
Aku nak test korang samaada korang tau pasal gurindam nie ataupun pernah dengar tapi lupa..jom kita tengok gurindam yang aku tulih nih...


Al-Hassan summal Hussin
Ibni 'Ali Siti Fatimah
Muhammad bin Abdullah
Amir Hussain Sabilullah

Harap ibumu bukan sedikit
Tinggi daripada gunung dan bukit
Selama-lamanya merasai sakit
Sembilan bulan tidak berbangkit

Baiklah juga engkau fikiri
Sakit ibumu tiada terperi
Mencari makan sehari-hari
Lemak dan manis semua diberi

Dengarkan olehmu sekelian anak
Tatkala engkau lagi kanak-kanak
Apabila sudah tidurmu nyenyak
Carikan makan manis dan lemak

Entah berhutang kesana kemari
Sedapat-dapatnya ia mencari
Anakku tidak tahu kan diri
Makan dan minum sambil berlari

Ayuhai anakku jangan bermain
Jangan diturut orang yang lain
Kenangkan olehmu kepada kain
Basah tidak berganti lain

Sakit badan tidak terperi
Mencari makan kesana kemari
Hendak berhutang sukar sekali
Orang tidak ambil peduli


Haa...tu la gurindamnya. Korang faham tak cerita disebalik gurindam ni..Gurindam ni cerita pasal keperitan ibu2 waktu mengandung, melahirkan dan membesarkan anak..bila korang tengok dan baca banyak2 kali, nanti korang faham laa.....
Aku tak tau dan dan aku tak pernah rasa camaner peritnya sebab aku belum kawin (coming soon)....ehehehee..tapi aku FAHAM sebab aku perempuan...
Posted by nazrin
Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger template by blog forum.